Aghi Narottama

Aghi Narottama (lahir 12 April 1976; umur 45 tahun) merupakan seorang penerbit rakaman dan pengarah muzik atau komposer filem asal Indonesia[1] Beliau telah 7 kali dicalonkan Piala Citra untuk Penata Musik Terbaik dan berjaya memenangi Festival Film Indonesia 2017 menerusi filem Pengabdi Setan bersama Bembi Gusti dan Tony Merle.[2] Sejak kecil, Aghi telah bercita-cita untuk menjadi seorang pengarah muzik filem.[3][4][5] Beliau merupakan graduan Fakulti Undang-Undang Universitas Trisakti dan Institut Seni Seattle, Amerika Syarikat dalam bidang Pengeluaran Audio.[6]